Saturday, November 27, 2010



FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

___________________________________________

HBMT2103 : TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO 
SEMESTER : SEPT 2010

___________________________________________

NAMA : 
RAFIDAH BINTI AHMAD

NO. MATRIK :
710719025150002

NO. TEL : 
019-4926768

NAMA TUTOR :
EN. CHUA CHONG SAIR

PUSAT PEMBELAARAN :
KEDAH LEARNING CENTRE SUNGAI PETANI

HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO SEPTEMBER 2010 SEMESTER

ASSIGNMENT QUESTION


Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and  post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog.  

Measuring Capacity - Iken Library



Video di atas menerangkan tentang pengukuran isipadu dengan menggunakan penyukat. Ia memaparkan tayangan sebenar ukuran isipadu cecair dengan menggunakan pelbagai bentuk penyukat. Video ini amat sesuai untuk ditayangkan kepada murid-murid tahun 2 kerana pada peringkat umur ini mereka sentiasa keliru dalam menentukan kapasiti air apabila bekas yang berbeza bentuk dan saiz.

Isipadu cecair

Blog ini memaparkan sedikit maklumat bagaimana hendak memperkenalkan konsep isipadu cecair. Membuat perbandingan antara isipadu dan bagaimana menyukat isipadu dengan menggunakan unit bukan  piawai. Semoga maklumat ini disediakan sedikit sebanyak memberi manafaat kepada semua.

Sebagai memenuhi kehendak tugasan ini, disini saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut lagi bagaimana kita menyampaikan tajuk "volume of liquid" kepada murid mengikut peringkat keupayaan murid dengan lebih jelas lagi.

Sunday, November 7, 2010

Pengukuran Bukan Piawai Bagi Isipadu Cecair

Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Hasil Pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
1)  Membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti sesuatu objek.
2)  Menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
i)   3 gelas minuman, mangkuk dan cawan (sama saiz)
ii)  Pelbagai bekas kecil berlainan saiz.
iii) Satu jag air yang besar.
.

Langkah-langkah aktiviti untuk murid lemah
1)  Pegang ketiga-tiga gelas.

2)  Minta murid-murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.

3)  Memperkenalkan kosa kata "kosong", "separuh penuh" dan "penuh".
       
        kosong   


            separuh penuh  

         penuh  


4) Semasa memperkenalkan kosa kata,minta murid tampil ke hadapan untuk mengisi air mengikut kosa kata    tersebut.
5)  Minta murid menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
6) Ulang dengan set-set bekas yang lain.

Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk murid aras rendah. Murid dibimbing untuk menyukat isipadu cecair dalam  bekas sama saiz dengan kuantiti yang berbeza. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui dengan mudah jumlah isipadu dalam bekas manakah yang lebih atau kurang dengan menggunakan bekas yang sama saiz. Dengan cara ini murid juga dapat mengetahui isipadu bekas dengan lebih mudah.


Langkah-langkah aktiviti untuk murid cemerlang
1) Minta murid bekerja secara koperatif
2) Lantik murid sebagai perekod dalam kumpulan
3) Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu jag besar kepada setiap kumpulan.



4) Minta murid mengisikan jag tersebut dengan air.

5) Minta murid menganggarkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam jag.

6) Minta murid mengisi botol untuk memeriksa anggaran mereka.

7) Ulang dengan bekas-bekas yang lain

8) Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual

9) Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan:
    Seperti contoh yang diberi.

10) Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga bekas tersebut (gelas, botol dan cawan) yang tu mempunyai   kapasiti paling kecil.




Aktiviti ini adalah untuk membuat anggaran berapa banyak jumlah sukatan air yang diperlukan untuk diisikan ke dalam jug besar dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai yang berbeza,iaitu cawan,gelas dan botol. Melalui aktiviti ini,guru dapat membuat perkaitan bahawa unit bukan piawai yang berbeza akan memberikan jumlah sukatan yang berlainan.Jumlah sukatan yang berbeza ini akan menghasilkan isipadu yang sama iaitu satu jug besar. Jadi makin kecil unit ukuran piawai yang digunakan makin banyak bilangan sukatan yang diperlukan,manakala makin besar bekas yang digunakan makin kecil jumlah sukatan yang diperlukan.Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk murid berpencapaian tinggi.