Sunday, November 7, 2010

Pengukuran Bukan Piawai Bagi Isipadu Cecair

Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Hasil Pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
1)  Membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti sesuatu objek.
2)  Menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
i)   3 gelas minuman, mangkuk dan cawan (sama saiz)
ii)  Pelbagai bekas kecil berlainan saiz.
iii) Satu jag air yang besar.
.

Langkah-langkah aktiviti untuk murid lemah
1)  Pegang ketiga-tiga gelas.

2)  Minta murid-murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.

3)  Memperkenalkan kosa kata "kosong", "separuh penuh" dan "penuh".
       
        kosong   


            separuh penuh  

         penuh  


4) Semasa memperkenalkan kosa kata,minta murid tampil ke hadapan untuk mengisi air mengikut kosa kata    tersebut.
5)  Minta murid menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
6) Ulang dengan set-set bekas yang lain.

Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk murid aras rendah. Murid dibimbing untuk menyukat isipadu cecair dalam  bekas sama saiz dengan kuantiti yang berbeza. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui dengan mudah jumlah isipadu dalam bekas manakah yang lebih atau kurang dengan menggunakan bekas yang sama saiz. Dengan cara ini murid juga dapat mengetahui isipadu bekas dengan lebih mudah.


Langkah-langkah aktiviti untuk murid cemerlang
1) Minta murid bekerja secara koperatif
2) Lantik murid sebagai perekod dalam kumpulan
3) Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu jag besar kepada setiap kumpulan.



4) Minta murid mengisikan jag tersebut dengan air.

5) Minta murid menganggarkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam jag.

6) Minta murid mengisi botol untuk memeriksa anggaran mereka.

7) Ulang dengan bekas-bekas yang lain

8) Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual

9) Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan:
    Seperti contoh yang diberi.

10) Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga bekas tersebut (gelas, botol dan cawan) yang tu mempunyai   kapasiti paling kecil.




Aktiviti ini adalah untuk membuat anggaran berapa banyak jumlah sukatan air yang diperlukan untuk diisikan ke dalam jug besar dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai yang berbeza,iaitu cawan,gelas dan botol. Melalui aktiviti ini,guru dapat membuat perkaitan bahawa unit bukan piawai yang berbeza akan memberikan jumlah sukatan yang berlainan.Jumlah sukatan yang berbeza ini akan menghasilkan isipadu yang sama iaitu satu jug besar. Jadi makin kecil unit ukuran piawai yang digunakan makin banyak bilangan sukatan yang diperlukan,manakala makin besar bekas yang digunakan makin kecil jumlah sukatan yang diperlukan.Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk murid berpencapaian tinggi.

No comments:

Post a Comment